Makhluk Yang Sesat

Pegalaman yang terjadi ini mungkin tidak seram dan sedikit lucu dengan tindakan saya. Seingat saya ketika itu waktu magrib, ya waktu magrib sebabnya saya pulang kerja dan sampai di rumah sudah jam enam petang habis selesai bersihkan diri sudah masuk azan magrib dan saya terus ambik wuduk dan hendak megejarkan waktu solat.
Sebelum itu saya ingin maklumkan dua tiga hari sebelum itu, waktu
magrib kerap kali terhidu seolah orang membakar cili kering dan
bawang.Setahu saya kalau ada orang membakar cili kering ini untuk ubat
kan orang yang dalam rumah lagi sakit. Rumah saya rumah teris dua
tingkat jadi perumahan pun dekat-dekat sahaja kalau bukak pintu belakang
sejengkal jew dah sampai pintu rumah orang belakang.
Tidak saya hiraukan apa-apa yang jadi atau bertanya kejiranan lain
tentang bau cili kering yang dibakar itu.mak saya pon pesan tak perlu
hiraukan sangat biarkan sahaja. Nak dijadikan cerita waktu magrib itu
mak saya megaji. Dan menjadi kebiasaan mak saya selepas solat magrib mak
saya akan megaji.
Saya pula berada di atas, lebih selesa solat di bilik. Selalu nya
saya akan solat dengan pintu bilik tertutup, entah kenpa hari itu saya
biarkan pintu bilik terbukak. Kiblat di bilik saya sedikit menghala ke
pintu senang cakap memang solat di depan pintu sebab di situ sahaja
ruang yang saya selalu solat.
Semasa saya baru mula solat,ketika itu saya hendak sujud terjelas
saya nampak bayang hitam yang mundar mandir di hadapan pintu. nak sedap
kan hati mungkin kakak atau adik saya yang keluar masuk bilik sebelah.
Tapi keadaan nya sepeti resah gelisah, saya mula tidak sedap hati .
Entah kenapa ketika rakaat kedua, saya nampak dengan jelas di hadapan
saya ia bukan manusia. Susuk tubuh yang tiada berkaki gelap dan mundar
mandir di depan pintu bilik seperti resah kepanasan. Dalam keadaan
solat, terasa ada seseorang yang sedang memerhati. Perasaan takut mula
naik, Ketika hendak sujud bagi rakaat kedua saya tidak tahu kenapa saya
ramas sejadah dan terus turun kebawah. Tidak la langkah beribu biasa
sahaja keadaan saya sedikit ketawa kecil bila terasa bodoh nya tidak
meneruskan solat dan biarkan solat terbatal sebegitu.
Selepas saja keluar dari bilik, perasaan yang kuat seakan bayangan
hitam itu sedang berjalan seiringan dengan langkahku menuju ke bawah.
Mak saya yang rasa sedikit pelik dengan keadaan saya yang turun
kebawah dengan terlekung terus bentang sejadah. Lantas bertanya “kenapa
turun kebawah bukan selalu solat di bilik”. Saya Cuma senyum dan kata
“nak solat dulu nanti sesesai akak cerita” mak saya pun hanya diam dan
berhenti megaji buat seketika.
Habis solat saya terus cerita apa yang jadi kepada mak saya. Mak saya
Cuma menganggukkan kepala sahaja dan berkata “patut lah, dia ikut hang
turun sekali tadi” jelaslah yang saya nampak bayang hitam yang mundar
mandir di hadapan pintu itu adalah nyata mengikut sampai ke bawah. Terus
saya tanya “ mak nampak ke??” sedikit terkejut dengan kata-kata mak
saya. “ Tak lah mak rasa bahang yang lalu tepi lengan ni tadi lalu pergi
dapur la kot tu.. dia balik dah tu sesat agaknya” sambung mak lagi.
Maka saya pun mengaru kepala yang tidak gatal .
Ada lagi kejadian-kejadian yang pelik-pelik berlaku. Tapi cukup
sampai di sini sahaja cerita pegalaman yang terjadi. Oh ye ini bukan
pertama kali saya nampak “benda” sebegini dik kerana hijab saya yang
sedikit terbukak sejak kecil lagi. Tapi cukup sampai di sini sahaja
perkongsian saya. In shaa Allah jika ada masa dan peluang
kesempatan untuk bercerita saya akan kongsikan lagi. Dan terima kasih
kepada admin jika mensiarkan penceritaan saya. Sekian,Terima kasih
Sumber Fiksyen Shasha
No comments: