Oh!!! 4 Perang Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Peperangan adalah satu perkara yang lebih baik dielakkan daripada
dibiarkan berlaku. Jika terdapat perselisihan faham atau perbalahan
antara negara, peperangan adalah jalan terakhir yang boleh diambil bagi
menyelesaikan masalah.
1. Perang Dunia Kedua
Perang terbesar dan juga yang menyebabkan terkorbannya nyawa tertinggi
dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia Kedua yang berlaku di antara
tahun 1939 hingga 1945. Perang ini berlaku di antara Pakatan Allies yang
diketuai oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Republik China menentang Pakatan Axis diketuai oleh Nazi Jerman, Empayar
Jepun dan Kerajaan Itali.

Ia bermula apabila Adolf Hitler mengarahkan tentera Nazi Jerman untuk
menceroboh Poland pada 1 September 1939. Disebabkan tindakan
pencerobohan itu, Britain dan Perancis telah mengisytiharkan perang
terhadap Jerman dua hari kemudian. Perang yang berlangsung selama 6
tahun dan 1 hari ini telah dimenangi oleh Pakatan Allied apabila Empayar
Jepun akhirnya menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Walaupun Pakatan Allied memenangi peperangan ini, namun kematian yang
dicatatkan oleh mereka adalah sebanyak 61 juta nyawa, yang mana 45 juta
daripadanya adalah orang awam. Bagi Pakatan Axis pula, jumlah kematian
adalah sebanyak 12 juta, 8 juta daripadanya adalah orang awam. Jumlah
kematian keseluruhan mencapai 83 juta nyawa dan 59% daripadanya adalah orang awam yang tak bersalah.
2. Pemberontakan Taiping
"Taiping Rebellion" atau Pemberontakan Taiping adalah perang yang
berlaku di China bermula tahun 1850 dan berakhir pada tahun 1864 yang
telah mengubah Dinasti Qing selama-lamanya. Peperangan ini berlaku di
antara Dinasti Qing yang diterajui oleh Manchu dengan pergerakan
Kristian oleh Heavenly Kingdom of Peace.

Pemberontakan ini berlaku
dibawah kepimpinan Hong Xiuquan yang dipengaruhi oleh ajaran Kristian
dan mempercayai bahawa beliau adalah anak Tuhan dan adik kepada Nabi Isa
yang dihantar untuk membuat pembaharuan kepada China. Rakan Hong iaitu
Feng Yunshan menggunakan kepercayaan Hong untuk menubuhkan sebuah
kumpulan agama baru iaitu "God Worshippers' Society". Kumpulan ini
kemudiannya disertai oleh petani miskin di wilayah Guangxi.

Permusuhan berlaku pada 1 Januari 1851 apabila tentera Dinasti Qing
melancarkan serangan ke atas God Worshipping Society di bandar Jintian,
Guangi. Ketika itu, Hong Xiauquan telah menggelarkan dirinya sebagai
Heavenly King dalam Heavenly Kingdom of Peace atau Taiping Heavenly
Kingdom. Mereka yang tidak berpuas hati dengan pemerintah telah
melancarkan propaganda terhadap kerajaan Manchu yang diperintah oleh
orang asing. Peperangan selama 14 tahun ini dikatakan telah mengorbankan
nyawa sebanyak 44,721,360.
3. Peperangan Tiga Kerajaan
Peperangan di antara 3 kerajaan
ini berlaku di China yang telah memecahkan China kepada 3 wilayah yang
berperang antara satu sama lain. Ia berlangsung selama 60 tahun di
antara tempoh Dinasti Han dan Dinasti Jin, iaitu pada tahun 220 AD
sehingga tahun 280 AD. Perang ini dikatakan bermula lebih awal apabila
takhta telah diambil oleh maharaja yang muda selepas kematian Maharaja
Han.

Maharaja baru tidak disenangi oleh ramai general dan kecewa dengan
pengaruh yang dimiliki sesama peranan dalam kerajaan. Maharaja baru ini
kemudian digulingkan dan menyebabkan ketegangan politik mula meningkat.
Ia kemudiannya mencetuskan perang saudara yang memecahkan China kepada 3
kerajaan iaitu Kerajaan Wei, Kerajaan Shu dan Kerajaan Wu. Jumlah kematian disebabkan oleh perang saudara dianggarkan sebanyak 37.9 juta nyawa, dan anggaran maksimum adalah 40 juta.
4. Penaklukan Mongol (1206–1368)
Berlaku pada abad ke-13, pencerohohan dan penaklukan Mongol telah
menghasilkan satu empayar Mongol yang sangat besar. Menjelang tahun
1300, empayar ini meliputi sebahagian besar Asian dan Timur Eropah,
iaitu keseluruhan China, Mongolia, Korea, Iran, Pakistan, Afghanistan,
Turkistan, Uzbekistan, Tajikistan, Armenia, beberapa bahagian Rusia,
India, Hungary, Burma, Vietnam, Thailand, Kemboja dan beberapa negara
moden yang lain.

Genghis Khan adalah pemimpin Mongol yang bertanggungjawab atas kematian
kira-kira 5% daripada populasi dunia ketika itu, iaitu hampir 40 juta nyawa.
Jumlah ini tidak termasuk jumlah kematian "Black Death" seramai 200
juta nyawa yang dikatakan ada kaitan dengan penaklukan Mongol.
Penaklukan ini juga dikatakan menyebabkan perpindahan populasi dunia
terbesar dalam sejarah manusia yang tak pernah berlaku sebelum ini
terutamanya di Asia Tengah dan Eropah Timur.
Rujukan :
1. India Today
2. Britannica
3. Wikipedia
4. PSMag
No comments: