Tersalah cetak bendera, beberapa laman sesawang ini digodam rakyat Indonesia

Pihak MyCert telah melaporkan bahawa sejak semalam (21/8/2017) banyak
kes godam berlaku di negara kita. Antaranya ialah 'defacement', dan
serangan Ddos yang bertubi-tubi. Sebagai langkah keselamatan semua
pihak, MyCert menyarankan agar semua sistem admin mengemaskini aplikasi
yang digunakan dan memperkuatkan pertahan sistem pelayan.
Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang serangan dan
laporan-laporan terbaru melalui laman web MyCert sendiri. Dan sekiranya
anda ingin melaporkan insiden boleh melaporkan terus kepada pihak respon
MyCert 24/7.
- E-mail: cyber999@cybersecurity.my or mycert@mycert.org.my
- Phone: 1-300-88-2999 (monitored during business hours)
- Fax: +603 89453442
- Mobile: +60 19 2665850 (24x7 call incident reporting)
Punca Pencetus Pesta Godam Rakyat Indonesia
Kesilapan
mencetak bendera negara Indonesia pada buku cenderahati sukan SEA telah
menjadi punca utama yang menyebabkan ramai rakyat Indonesia marah. Hal
ini menjadi perbualan hangat di forum-forum underground Indonesia dan
mereka berlumba-lumba untuk menunjukkan bakat menggodam mereka sebagai
tanda protes kesilapan percetakan yang dilakukan oleh pengurusan sukan
SEA Malaysia.
Namun
Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) telah membuat
permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Indonesia kerana
baginya ini adalah satu kesilapan yang sangat besar. Buku yang tersalah
cetak ini tidak lagi diedarkan dan telah digantikan dengan yang baru.
Hal
ini telah disambut baik oleh sesetengah rakyat Indonesia di laman-laman
sosial seperti facebook dan twitter. Namun pesta godam ini masih juga
berlangsung.
Antara laman web Malaysia yang digodam
Laman biasa
- mycaterer.com.my
- bookyeh.com
- jeffiz.com
- soulhappie.com
- qqflorist.com.my
- eniglobal.com.my
- vsbgroup.com.my
- goldfields.com.my
- group.bmx.my
- ikimfm.my
- koperasibpm.koop.com.my
- solarcrest.com.my
- smartrackgps.com.my
Laman kerajaan :
Namun
begitu, masih ada rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan sikap
rakyatnya sendiri yang memarahi Malaysia hanya kerana kesilapan
percetakan itu. Ada juga diantara penggodam Indonesia yang menggodam
laman web Malaysia untuk menyatupadukan Malaysia dan Indonesia sebagai
negara serumpun.
Pesta
godam seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Sebenarnya sudah
banyak kali berlaku di alam maya ini. Apa yang penting, bila berlaku
kes-kes godaman, sistem admin perlu lebih peka dengan keselamatan
pelayan, penggodam pun harus tahu apa yang dilakukan ini sebenarnya
hanya menyusahkan orang sahaja. Aktiviti 'defacement' tidak mendatangkan
manfaat dan hanya mendatangkan mudharat kepada orang lain.
Sumber :
No comments: