Ads Top

Hantu CCRIS menghantui rakyat Malaysia

Sejak akhir ini, semua orang biasa dengar dan basah dibibir CCRIS atau nama panjang dia Central Credit Reference Information System. Sudah ramai yang berkongsi berkenaan CCRIS di sosial media seperti Facebook. Sejak pembiayaan PTPTN di masukkan dalam CCRIS, sudah ramai mengambil tahu apa keburukan dan kebaikan CCRIS. Sebelum ini hanya segelintir sahaja (Golongan Senior Executive) yang mengambil tahu berkenaan CCRIS.

Sejak bermulanya PTPTN dimasukkan dalam CCRIS, kesedaran golongan Junior Executive makin meningkat disebabkan ramai dikalangan golongan ini tidak dapat membuat pinjaman kereta dan rumah disebabkan rekod CCRIS tidak cantik bagi mata pihak banker. Termasukla Kutiup Network sendiri. 


Untuk makluman semua, rekod yang yang cantik di dalam CCRIS mesti mempunyai angka keramat "0 0 0 0 0 0". Ini la angka yang digemari oleh pihak banker. Mesti anda semua ingin mengetahui code-code dan maksud abbreviation lain yang digunakan di dalam CCRISS


Disini, pihak KuTiup Network akan berkongsi dan penerangan serba sedikit berkenaan code-code dan maksud abbreviation di dalam CCRIS rekod :
  1. NO = Merujuk kepada bilangan urutan dalam laporan kredit.
  2. DATE = Tarikh ini merujuk kepada tarikh kelulusan oleh institusi kewangan.
  3. STS = Merujuk kepada status loan korang (PENTING!!)
  4. CAPACITY = Ini merujuk kepada loan yang diambil sama ada joint loan atau perseorangan. (JOINT or OWN)
  5. LENDER TYPE = Merujuk kepada institusi kewangan yang memberi pinjaman.
  6. FACILITY = Jenis pinjaman yang korang pinjam.
  7. TOTAL OUTSTANDING (RM) = Merujuk kepada jumlah baki pinjaman bagi setiap jenis facility.
  8. DATE BALANCE UPDATED = Merujuk kepada tarikh untuk jumlah baki pinjaman yang dilaporkan.
  9. PRIN. REPMT. TERM = Mode pembayaran semula pinjaman sama ada monthly, quarterly, etc.
  10. COL. TYPE = Jenis-jenis cagaran.
  11. CONDUCT OF ACCOUNT FOR THE LAST 12 MONTHS = Menunjukkan rekod pinjaman korang selama 12 bulan. Kalau semua “0” bermakna cun, selain tu paham-paham sendiri.
  12. LGL STS = Merujuk kepada pinjaman tu ada legal action atau tak. So make sure kosong.
  13. DATE STATUS UPDATED = Merujuk kepada tarikh status tindakan undang-undang yang dikenakan.
  14. SPECIAL ATTENTION ACCOUNT = Merujuk kepada written-off atau written-down account accounts. Kalau pinjaman korang masuk dalam column ni, cepat-cepatlah buat settlement.
  15. CREDIT APPLICATION = Pinjaman yang korang apply tapi belum ada decision dari pihak bank sama ada approve atau decline.
Sumber Rujukan Firdaus Radzali

No comments:

Powered by Blogger.