Tiada Tunai Bagi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Menjelang 2019
Kerajaan Malaysia ingin melaksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS)
pada perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2019
kelak pada perkhidmatan
pengangkutan awam LRT, MRT, Monorail, KTM Komuter dan juga bas dalam
bandar sepenuhnya.
Dengan pelaksanakan ICPS ini, ia sekaligus akan memberikan kemudahan
dan lebih keselesaan kepada para pengguna ketika menuju ke sesuatu
destinasi. Pengguna boleh menjimatkan kos pengangkutan berbanding hari
ini yang memerlukan anda mengambil tiket berbeza ke sesuatu destinasi –
sekaligus menjadikan anda perlu membayar lebih.
Ia juga akan memudahkan pengguna menggunakan lebih daripada satu
pengangkutan awam berbeza untuk ke sesuatu destinasi, tanpa perlu
melalui halangan dan kesesakkan antara stesen seperti pada hari ini.
Melalui halaman SPAD, ICPS dijangka akan turut menyokong sejumlah
pilihan pembayaran – termasuk kad prabayar, kad debit, kad kredit, dan
juga aplikasi seperti Apple Pay dan Android Pay.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut untuk implementasi sistem
ini yang dijangka digunakan lebih 1 juta pengguna setiap hari pada 2019
kelak.
Baca : SPAD / ICPS
Sumber Rujukan: SinarHarian

No comments: