Samsung Memperkenalkan Galaxy Young Dan Galaxy Fame Secara Rasmi
Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan dua peranti baru mereka yang dijana menggunakan Android, iaitu Samsung Galaxy Young dan juga Samsung Galaxy Fame. Kedua-dua peranti mampu milik ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.
Samsung Galaxy Young membawakan skrin bersaiz 3.27-inci, cip pemprosesan 1GHz, kamera belakang 3-megapixel, ruangan storan sebesar 4GB, memori sebanyak 768MB RAM, A-GPS, dan bateri berkapasiti 1300mAh padanya.
Samsung Galaxy Fame juga merupakan peranti mampu milik terbaru
daripada Samsung, menggunakan cip pemprosesan 1GHz, skrin bersaiz
3.5-inci HVGA TFT, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA,
ruangan storan sebesar 4GB, memori sebanyak 512MB RAM, A-GPS serta
Glonass, dan bateri berkapasiti 1300mAh.
Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri tambahan,
termasuk sokongan Samsung Game Hub Lite, S-Cloud serta kebolehan untuk
mengetahui gerakan melalui Motion UI.
Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.
Sumber Rujukan: Samsung Mobile Press
Sumber Amanz | Koleksi KuTiup

No comments: