Mengurus Kewangan Keluarga
Setiap Keluarga mesti mempunyai perancangan kewangan yang betul. Selalunya si suami yang akan merancang kewangan dalam sesebuah keluarga kerana lazimnya suami yang mencari nafkah untuk menyara keluarga. Perbelanjaan dalam mengurus keluarga perlu dirancang dengan baik supaya ianya dapat di atur dan diguna apabila perlu terutama pada waktu kecemasan.
Kewangan perlu dibahagikan untuk waktu kecemasan, urusan bayaran bulanan, hal-hal keperluan asas, pendidikan anak-anak, hal-hal santai, dan juga untuk menambah sesuatu aset. PakarCinta kali ini ingin memberi sedikit tips bagaimana anda dapat mengurus perbelanjaan atau kewangan keluarga dengan teratur disamping dapat menitik beratkan semua aspek.
Antara langkah2 yang boleh digunapakai untuk merancang kewangan keluarga:
1. Buat plan kewangan keluarga, short term (jangka pendek), medium term (jangka sederhana) dan long term (jangka panjang).
Antara langkah2 yang boleh digunapakai untuk merancang kewangan keluarga:
1. Buat plan kewangan keluarga, short term (jangka pendek), medium term (jangka sederhana) dan long term (jangka panjang).
Short term itu mungkin plan perbelanjaan bulanan. Medium term mungkin dalam masa setahun. Long term mungkin dalam jangkamasa 5 tahun. Dari situ kita boleh rancang yang mana yang boleh kurang belanja, dan yang boleh kita berjimat.
2. Fikir dan rancang tentang pendidikan anak2.
Anda perlu juga menabung sedikit daripada wang pendapatan anda untuk pendidikan anak-anak. Ini bukan sahaja memudahkan anak anda di masa hadapan, malah akan dapat menjamin pendidikan anak-anak anda.
3. Bezakan antara keperluan dan kemahuan
Setiap orang berbeza kemahuan dan keperluannya. Kenali kehendak dan keperluan kita, ukur kemampuan kita dengan pendapatan kita. Yang ini memang kena betul2 ukur baju di badan sendiri. Ada orang dia memang perlukan kereta besar2, tapi mungkin kita cuma perlu sebuah kereta yang asal boleh jalan sahaja.
4. Cuba untuk elakkan hutang
Kecuali loan rumah dan kereta elakkan daripada berhutang atas sebab-sebab lain terutama kad kredit. Bebanan hutang yang kadag-kadang ditambah dengan interest atau bunga, akan menambah lagi beban kewangan kita. Memang pada asalnya memudahkan kita membeli sesuatu, namun andai terlajak beli, maka hutang pun bertambah, silap2 hari bulan duit berkurang,rambut pun berkurang.
5. Simpan dulu baru belanja
Dapat gaji je terus masukkan beberapa peratus ke dalam satu akaun yang tak boleh nak keluar2 (yang takde ATM) macam ASB ke, unit trust ke. So duit tu tak berusik. Duit yang tinggal tu gunala sampai licin tapi jangan usik yang dah simpan awal2 tu.
Daripada pengamatan saya, kebanyakan orang kita fikir “alah takpe, esok ada rezeki tersendiri”. Alhamdulillah, memang prinsip inilah amalan ibu Imam Syafie. Tapi cermin balik diri, adakah kita hidup sebegitu sederhana seperti ibu beliau? Adakah kita sanggup tak makan bila ada pengemis datang ketuk pintu sebab kita beri satu2nya makanan kita pada dia? Adakah kita sanggup berkelana dari Palestin ke Mekah demi supaya anak kita dapat belajar Bahasa Arab yang bagus? Adakah kita sanggup menolak segala kesenangan dunia demi mencapai redha Allah semata2?
Sekali lagi, ukur baju di badan sendiri. Kita pun tahu dunia hari ni makin kompetitif. Semua orang cuma menjaga kepentingan masing2. Dengan kita sendiri pun tak berapa mantap iman dan akidahnya. Jadi kita kena rancang semuanya dengan baik. Memang rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap orang, tapi Dia juga tetapkan yang kita kena usaha untuk dapatkan rezeki.
Sebagaimana para Nabi mempunyai karier masing2. Sejak zaman Nabi Adam lagi mereka dah bercucuk tanam dan menternak binatang (rujuk kisah Qabil dan Habil yang mempersembahkan korban mereka kepada Allah), bukannya makanan turun dari langit hari2. Sebagai Suami, pandai-pandailah memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan, cubalah untuk jadi suami dambaan isteri ;)
Sumber PC | Koleksi KuTiup

No comments: