Lensa sekat bahaya UV
DIANGGARKAN sebanyak 15 juta penduduk dunia menjadi buta akibat katarak pada setiap tahun yang kemungkinan disebabkan atau diburukkan lagi akibat terdedah kepada sinaran lembayung ungu (UV).
Selain itu, sebanyak lima hingga 10 peratus kanser kulit yang terdapat di pinggir mata turut dikaitkan secara langsung dengan sinaran UV.
Sinaran UV menjadi ancaman kepada manusia pada setiap hari selama 365 hari setahun. Walaupun dalam cuaca mendung, ia masih mendatangkan kesan bahaya kepada manusia kerana 40 peratus pendedahan kepada sinaran UV berlaku walaupun kita tidak berada di bawah sinar matahari.
Kebanyakan lensa menghalang transmisi majoriti sinaran UV daripada mengenai bahagian hadapan lensa.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, kaca mata jernih terbaik sekali pun tidak dapat melindungi daripada bahaya sinaran ultra lembayung yang datang dari arah belakang dan tepi lensa, yang mewakili sehingga 50 peratus daripada cahaya sinaran ultra lembayung yang merosakkan.
Untuk itu, Essilor, peneraju dunia dalam optik oftalmik telah melancarkan Crizal Forte UV, lensa kaca mata jernih yang memberi perlindungan termaju daripada cahaya sinaran ultra lembayung yang merosakkan.
Lensa eksklusif ini menghalang sinaran ultra lembayung memasuki mata dari arah hadapan dan belakang di samping mengekalkan penglihatan yang jelas.
Selain itu, Essilor turut memperkenalkan Eye-Sun Protection Factor baharu untuk lensa bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan perlindungan sinaran ultra lembayung bagi kaca mata.
Pengurus Besar Essilor, Tressa Goh berkata, Essilor berbangga menjadi peneraju inovasi dan yang pertama melancarkan penyelesaian untuk kaca mata yang menyediakan perlindungan bagi mata dan kawasan sekitarnya daripada kerosakan akibat sinaran ultra lembayung.
''Menyedari akan kepentingan perlindungan seperti ini, kami juga melancarkan Eye-Sun Protection Factor bagi membina kesedaran pelanggan dan kefahaman mengenai perkara ini.
''Kaji selidik pelanggan yang dijalankan di Eropah haru-baru ini menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pelanggan tidak menyedari bahawa lensa jernih boleh memberi perlindungan daripada sinaran ultra lembayung. Sementara itu, lebih 90 peratus lagi menyedari kegunaan indeks perlindungan sinaran ultra lembayung untuk kaca mata.
''Inovasi Essilor melibatkan salutan anti-pantul baharu di bahagian belakang lensa yang dipanggil Broad Spectrum Technology, yang hampir menyingkirkan pantulan cahaya sinaran ultra lembayung ke dalam mata sambil mengekalkan lut sinar terbaik lensa.
''Crizal Forte UV memberi sehingga lapan kali perlindungan sinaran ultra lembayung lebih baik daripada lensa biasa yang ada pada hari ini,'' kata Tressa yang ditemui di MidValley, Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancaran Crizal Forte UV, tambahnya, menandakan kejayaan yang berpotensi memberi impak pada kehidupan individu pada setiap peringkat umur dengan semua jenis keperluan penglihatan sepanjang tahun.
Beliau menjelaskan, Crizal Forte terus memberi prestasi terhebat dalam pasaran daripada lima musuh penglihatan jelas, iaitu pantulan, kesan kotor, calar, habuk dan titisan air dengan prestasi tahan calar yang tiada bandingan hasil daripada lapisan SR Booster tambahan.

No comments: