Lebih Kurang 823,000 Tablet Terjual Di Malaysia Pada Tahun 2012
Tablet boleh dikatakan mempunyai permintaan mereka tersendiri, dan
pada tahun lepas, tablet mula diguna-pakai dengan lebih meluas. Mengikut
data terkini yang dikongsikan oleh GFK Malaysia, ia dikatakan sebanyak
lebih kurang 823,000 tablet terjual di Malaysia pada tahun 2012.
Angka tersebut memperlihatkan peningkatan positif sebanyak 87%
berbanding tahun 2011. Dan dari segi sistem operasi, Android dikatakan
meliputi 70% daripada angka jualan di Malaysia.
Secara purata, harga tablet yang dibeli adalah sekitar $505 (RM1565),
yang mana memperlihatkan penurunan harga berbanding tahun 2011.
Pada tahun lepas, beberapa tablet yang mendapat perhatian selain
daripada tablet daripada jenama-jenama syarikat di China adalah termasuk
Galaxy Note 10.1, Asus Nexus 7, dan juga iPad.
Pada tahun ini, mungkin angka jualan akan terus meningkat, apatah
lagi dengan lebih banyak tablet yang dijual pada harga lebih berpatutan.
Asus telah melancarkan tablet MeMO Pad mereka pada harga dibawah RM499, selain Acer yang menjanjikan Iconia B1 pada harga dibawah RM500.
Sumber Rujukan: TelecomPaper

No comments: