Kes Lisa Surihani hilang rm50,000 kakitangan bank ditahan
Baru-baru ini pelakon pujaan ramai Lisa Surihani telah membuat laporan polis di atas kehilangan sejumlah wang bernilai RM50,000 dari akaun miliknya.Lisa mengetahui akan kehilangan tersebut apabila ibunya Siti Amirah Ahmad hendak mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank dan mengesyaki adanya penipuan yang berlaku kerana beliau tidak ada membuat pengeluaran wang dalam tempoh terdekat.
Keraguannya itu terus terjawab apabila dia diberitahu oleh pihak bank bahawa kad ATM sudah ditukarkan dengan yang baharu oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.Tanpa membuang masa lagi Lisa dan ibunya membuat laporan polis bagi mendapatkan kebenaran yang tersirat.
Pelbagai siasatan telah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa kehilangan wang tersebut ada berkaitan dengan orang dalam.Seorang kakitangan bank wanita yang terlibat denga kes tersebut telah ditahan.Wanita tersebut telah membatalkan kad ATM milik Lisa dan membuat salinan baru dan seterusnya mengeluarkan wang berjumlah RM50,000 sejak awal bulan ini malah kakitangan bank itu telah memohon untuk ditukarkan ke cawangan Sabah.
Syukurlah kini masalah tersebut sudah selesai dan pujian harus diberikan kepada PDRM atas tugas yang telah dijalankan dengan cekap

No comments: