Ads Top

10 Nilai Penting Dalam Persahabatan

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh? Jom baca 10 Nilai Penting Dalam Persahabatan.

1-Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2-Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3-Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4-Hargai Pendapat satu sama lain

5-Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6-Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda beritahulah..

7-Ikhlas dalam Persahabatan tanpa ada niat lain atau mengharapkan balasan.

8-Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan ~Stress~menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain.

9-Jangan mengata dibelakang kawan anda.

10-Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh..

Sumber PakarCinta | Koleksi KuTiup

No comments:

Powered by Blogger.